Selasa, 18 Jun 2019

TINGKAT-TINGKAT SYURGA

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan yang lainnya disebutkan:

Ertinya: “Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda: “Di Jannah (syurga) ada seratus tingkat, antara setiap dua tingkat bagaikan antara langit dan bumi. Syurga Firdaus adalah syurga tertinggi. Darinyalah terpancar sungai-sungai syurga yang empat, di atasnya adalah ‘Arasy. Maka apabila kamu memohon maka mohonkanlah Firdaus.” [Hadits Riwayat at-Tirmizi: no.2530]


Dalam hadits lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah disebutkan:

Ertinya:Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: “Apabila orang-orang yang gemar membaca Al-Qur’an telah masuk syurga, maka akan dikatakan kepada mereka: ‘Bacalah dan naiklah.’ Maka ia pun membacanya dan naik tingkatnya dengan setiap ayat yang dibacanya hingga ia membaca akhir dari apa yang ia punya.” [Hadits Riwayat Ibnu Majah: no. 3780]

Sedangkan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud disebutkan:

Ertinya: “Akan dikatakan kepada pembaca Al-Qur’an: ‘Bacalah, dan perhaluslah, dan bacalah, sebagaimana kamu membacanya ketika di dunia, kerana sesungguhnya tempatmu bergantung kepada akhir ayat yang kamu baca.[Hadits Riwayat Abu Dawud: no.1465]

Al-Imam Qurthubi rahimahullah berkata: para ulama kita berpendapat bahawa yang dimaksud dengan orang yang membaca Al-Qur’an dan membawanya adalah orang-orang yang mengetahui tentang hukum-hukum yang ada di dalamnya, halal, haram, dan mengamalkannya, bukan hanya membaca sahaja atau membawa sahaja. Imam Malik r.a. berkata: Ada orang yang membaca Al-Qur’an tetapi tidak mendapat kebaikan daripandanya”.

Dalam sebuah hadits yang tersebut dalam Shahih Bukhari disebutkan:

Ertinya: “Permisalan orang mukmin yang membaca Al-Qur’an dan mengamalkannya adalah bagaikan buah limau, manis rasanya dan harum baunya. Sedangkan permisalan orang munafik yang membaca Al-Qur’an dan tidak mengamalkannya bagaikan buah labu pahit, pahit rasanya dan tidak ada baunya.” [Hadith Riwayat Bukhari: n0.2457]

BILIK-BILIK SYURGA DAN PEMILIKNYA

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


 لَكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ غُرَفٌ مِنْ فَوْقِهَا غُرَفٌ مَبْنِيَّةٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَعْدَ اللَّهِ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ الْمِيعَادَ
Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya, mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janji-Nya.” [Surah Az-Zumar: 20]


 وَمَا أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ بِالَّتِي تُقَرِّبُكُمْ عِنْدَنَا زُلْفَى إِلَّا مَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَأُولَئِكَ لَهُمْ جَزَاءُ الضِّعْفِ بِمَا عَمِلُوا وَهُمْ فِي الْغُرُفَاتِ آمِنُونَ
Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikitpun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal shaleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam surga).” [Surah Saba’: 37]


 أُولَئِكَ يُجْزَوْنَ الْغُرْفَةَ بِمَا صَبَرُوا وَيُلَقَّوْنَ فِيهَا تَحِيَّةً وَسَلَامًا
Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam surga) karena kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,” [Surah al-Furqan: 75]

Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Muslim disebutkan:

Ertinya: “Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: “Sesungguhnya ahli syurga itu akan bercahaya dan dapat dilihat dengan jelas, sebagaimana bintang-bintang yang bersinar yang menghadap ke barat boleh dilihat dari ufuk timur kerana keutamaan yang ada di antara keduanya. Lalu orang-orang pun bertanya: ‘Bukankah itu adalah tempat para Nabi yang tidak boleh dicapai oleh orang selain mereka?. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pun menjawab: “Benar, tetapi demi Tuhan yang jiwaku berada ditangan-Nya, sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan mempercayai Rasul-Rasul-Nya juga akan mencapainya”. [Hadits Riwayat Muslim: no.2831]

Sedangkan maksud dari kata: “mempercayai Rasul-Rasul-nya”, yang terdapat pada hadits di atas, bukan hanya bermakna mempercayai Rasul, tetapi juga mengerjakan apa yang diperintahkan, kerana orang-orang yang lalai tidak akan mengerjakan perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui Rasul-Nya. Kadang-kadang ada hamba yang miskin harta tetapi kaya hati dan ada pula yang sebaliknya. Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan seluruh alam.




PENGHUNI SYURGA YANG PALING RENDAH

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi disebutkan:

Ertinya: “Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda: “Nabi Musa ‘alaihissalam pernah bertanya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala: ‘Wahai Tuhanku, siapakah penghuni syurga yang paling rendah darjatnya?”. Maka Allah Subhanahu wa Ta'ala menjawab: “Seorang yang datang ke syurga setelah semua penghuni syurga lainnya telah masuk ke dalam syurga. Lalu Aku akan berkata kepadanya:Masuklah ke dalam syurga! Ia pun berkata: ‘Bagaimana boleh, wahai Tuhanku, semua orang telah menempati tempatnya dan telah mengambil balasannya!’. Maka dikatakan kepadanya: “Apakah kamu suka bila diberikan kepadamu kerajaan seperti kerajaan yang dimiliki raja dunia?”. Orang tersebut pun menjawab: ‘Aku meridhainya (suka) wahai Tuhanku’. Maka dikatakan kepadanya: “Bagimu kerajaan seperti yang dimiliki raja dunia”. Lalu ditambahkan yang sepertinya, dan satu lagi yang sepertinya (tiga kali ganda). Lalu orang itu berkata: ‘Aku meridhainya’. Lalu dikatakan kepadanya: “Bagimu sepuloh kali gandanya, dan segala yang kamu inginkan dan segala yang disenangi oleh matamu”. Lalu orang itu pun berkata: ‘Aku meridhainya, Tuhanku!’. Lalu Nabi Musa a.s. berkata: “Lalu siapakah yang paling tinggi darjatnya?”. Allah s.w.t. pun berkata: “Mereka adalah orang yang Aku tanamkan kemuliaannya lalu Aku juga yang mematikan mereka, mereka akan mendapat nikmat yang tidak pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas dalam hati seseorang. [Hadits Riwayat Muslim: no.189]

Sedangkan dalam hadits lain yang diriwayatkan oleh Bukhari disebutkan:

Ertinya: “Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya penghuni syurga yang terakhir sekali masuk syurga, dan penghuni neraka yang terakhir sekali keluar dari neraka adalah seorang yang keluar dari neraka dengan merangkak. Lalu Allah Subhanahu wa Ta'ala berkata kepadanya” “Masuklah ke dalam syurga”. Orang itu pun menjawab: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya syurga telah penuh.” Lalu Allah Subhanahu wa Ta'ala mengatakan hal tersebut sebanyak tiga kali, dan orang itu pun akan mengulangi jawapan yang sama. Hingga Allah Subhanahu wa Ta'ala kemudian berkata: “Bagimu seperti dunia dan SEPULUH kali gandanya”.

Bagaimanakah rupa istana dan kediaman seorang raja di dunia?


sebuah istana raja di dunia...
Istana kerajaan Turki Osmaniah
Kemasan istana diraja...



Bilik tidur diraja....

* Di atas adalah beberapa istana kediaman raja di dunia. Bayangkan saudaraku, manusia yang paling akhir masuk syurga dan paling akhir keluar dari neraka, diberi Allah balasan "bagimu seperti dunia dan sepuluh kali gandanya"...maka betapa besarnya kediaman di syurga bagi orang ini? Lalu bagaimana pula tempat kediaman di syurga  bagi orang-orang yang beriman dan bertaqwa?Maka bagi orang-orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa, percaya dan yakin kepada "janji Allah", mereka tidak terpesona dengan kehidupan dunia yang sementara ini....jika Allah beri kesenangan kepada mereka di dunia ini mereka bersyukur, dan jika Allah tidak beri kesenangan dan kekayaan, mereka tetap bersabar....kerana mereka mengetahui dan sedar bahawa kehidupan di akhirat, di dalam syurga lebih baik dan kekal abadi.[Tambahan dari Tok Wan]

[DIPETIK DARI KITAB MUKHTASHAR TAZKIRATU AL-QURTHUBI]

Tiada ulasan: